Cara Jimat Duit Untuk Pelajar

Image result for saving money


1: Pergi kelas

  • Masuk kolej atau universiti bukannya percuma. Belajarlah bersungguh-sungguh supaya yuran yang anda bayar itu berbaloi untuk kejayaan anda. Malah mungkin ini merupakan pelaburan terbaik anda!

2: Gunakan perpustakaan sepenuhnya

  • Belajar di universiti memerlukan bahan rujukan yang banyak. Setiap subjek memerlukan bahan rujukan yang berlainan. Oleh itu gunakan perpustakaan sepenuhnya untuk meminjam buku-buku rujukan tersebut. Tidak berbaloi untuk anda membeli kesemua buku-buku rujukan itu kerana kebanyakan buku tersebut hanya digunakan untuk 1 atau 2 semesta sahaja.

3: Pinjam buku rujukan

  • Jika ada saudara mara atau kawan-kawan yang telah habis belajar tetapi mempunyai bahan rujukan yang diperlukan, meminjam daripada mereka adalah cara yang bijak untuk berjimat.

4: Jangan “Couple”

  • Ok. Cara yang ke 4 ni mungkin kurang digemari oleh ramai pelajar kerana ramai pelajar yang mengambil kesempatan untuk mencari pasangan masing-masing semasa belajar. Berpacaran menyebabkan anda selalu keluar bersama dan menghabiskan duit kepada hiburan yang tidak perlu seperti tengok wayang dan sebagainya. Berpacaran juga menyebabkan bil penggunaan telefon bimbit meningkat. Jadi jika nak berjimat, jangan berpacaran atau pilih pasangan yang ‘low maintainance’.

5: Gunakan pengangkutan disediakan

  • Banyak universiti yang menyediakan perkhidmatan bas untuk pelajar-pelajar ke kelas. Gunakan perkhidmatan ini sepenuhnya kerana ini amat membantu pelajar untuk berjimat. Tetapi kekurangannya adalah anda mungkin perlu keluar awal untuk menunggu bas dan perlu bersesak-sesak di dalam bas.

6: Gunakan kad pelajar

  • Terdapat kedai-kedai buku dan alat tulis yang memberikan potongan istimewa untuk pelajar universiti. Gunakan kad pelajar anda semasa membuat pembelian buku atau alat tulis.

7: Duduk di asrama

  • Hampir setiap universiti tempatan menyediakan asrama untuk pelajar-pelajarnya yang aktif di universiti. Libatkan diri dalam kegiatan -kegiatan di universiti seperti kokurikulum, persatuan dan lain-lain untuk membolehkan anda berpeluang untuk terus duduk di asrama.

8: Cuci baju sendiri

  • Baju pelajar biasanya tidak banyak dan pelajar mempunyai masa yang banyak terluang terutamanya di hujung minggu. Basuh baju anda sendiri dan elakkan dari menghantar baju ke dobi atau menggunakan mesin pencuci berbayar.

9: Komputer dan Laptop

  • Beli komputer atau laptop yang dapat memenuhi keperluan anda bukannya beli komputer atau laptop yang memenuhi kehendak anda. Laptop yang mempunyai spesifikasi yang sederhana sudah cukup jika anda hanya menggunakan laptop bagi menyiapkan asignment. Laptop boleh diperolehi dengan harga semurah RM900+ dan ianya sudah cukup untuk keperluan itu.

10: Telefon pintar

  • Tidak dapat dinafikan bahawa telefon merupakan satu keperluan di zaman sekarang dan semua pelajar kini mempunyai telefon pintar mereka sendiri. Tetapi perlu diingatkan bahawa anda tidak perlu beli telefon pintar yang terlalu mahal untuk kegunaan harian anda. Ini adalah kerana telefon yang mahal akan menarik minat orang untuk mencuri telefon tersebut. Untuk mengelakkan anda kerugian kerana telefon dicuri, elakkan dari membeli telefon yang mahal. Cukup beli telefon yang boleh digunakan untuk perhubungan.









Comments

  1. I am FRED and i want quickly recommend DR NCUBE for a Job well done by
    curing me from the genital herpes disease that have be giving me sleepless night. if you want to contact him, Simply do that via email drncube03@gmail.com or
    call/whatsapp +2348155227532
    he also have #herbs for
    #hiv/aids
    #cancerdisease
    #fibroid
    #diabetes



















    I am FRED and i want quickly recommend DR NCUBE for a Job well done by
    curing me from the genital herpes disease that have be giving me sleepless night. if you want to contact him, Simply do that via email drncube03@gmail.com or
    call/whatsapp +2348155227532
    he also have #herbs for
    #hiv/aids
    #cancerdisease
    #fibroid
    #diabetes

    ReplyDelete

Post a Comment